Wednesday, 7 December 2011

CINTA : TENTANG LELAKI

Fakta mengenai lelaki =.=

1)Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2)Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3)Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4)Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5)"Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6)Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7)Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8)Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9)Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10)Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11)Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12)Lelaki juga boleh menangis!
13)Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14)Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15)Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16)Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17)Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18)Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19)Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20)Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi
21)Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
22)Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
23)Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
24)Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
25)Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
26)Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri.27)Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
28)Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
29)Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
30)Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
31)Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
32)Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
33)Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
34)Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
35)Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
36)Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
37)Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
38)Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
39)Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
40)Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

Monday, 5 December 2011

5 CARA UNTUK MENUNJUKKAN KITA CINTA PADANYA

  1. BERIKAN APA YANG DIMAHUKAN OLEH SIDIA
-Contohnya berikan apa yang dia mahukan dan idamkan selama ini.


     2.   STRAIGHT TO THE POINT

- Berterus terang tentang perasaan anda dan jangan simpan ia lama-lama juga jangan memutarbelitkan dan terkeluar dari apa yang hendak kita beri tahu.

    3.   BERKONGSIKAN MASALAH KITA DAN MASALAH SIDIA

-Seperti berkongsi masalah dan menyelesaikan berrsama

    4.   LUAHKAN KATA-KATA CINTA DARI HATI TERUS KE HATI

-Luahkan ayat-ayat cinta dan semua tentang cinta. Ini akan dapat merapatkan lagi kita dengan dia dan dia akan merasakan cinta yang datang.


    5.BERIKAN SENYUMAN DAN AYAT-AYAT YANG SELALU MENGGEMBIRAKAN SIDIA

-Selalu ada untuknya setiap masa walaupun susah atau senang. Ini akan membuat dia terfikir yang kita ini mencintai sidia secara tulus.

Sunday, 4 December 2011

WANITA JENIS APAKAH YANG SAYA IDAMKAN???

   Wanita yang saya idamkan adalah wanita yang betul-betul melayu...kerana sekarang ini ''GADIS MELAYU'' sudah pun pudar dan semakin berkurangan...selain itu saya juga ingin wanita yang saya idamkan itu jujur, memahami saya, tidak hipokrit dari segalanya dan selalu ada disisi saya........



   Wanita yang saya idamkan adalah wanita yang selalu senyum, hormat saya sebagai lelaki, tidak kasar, dan bertudung...kerana kita Islam...kewajipan harus dijalankan...jika ada wanita seperti yang saya mahukan ini saya dah cukup bersyukur dan menerimanya seadanya....tidak lupa juga dengan adanya kesetiaan wanita itu kepada saya....









I KNOW THAT I CHOOSE THIS TOO HARD .. BUT NOT OF MY CHOOSING OF MY CHOOSING ... AND I AM SURE THERE ARE STILL HAVE ''GADIS MELAYU'' AT OUT THERE.........

TENTANG CINTA







Cinta tidak memerlukan mata...cinta tidak memerlukan perkataan...cinta tidak perlukan apa-apa...cinta hanya memerlukan dua hati menjadi satu yang digelar ''kekasih''...apabila cinta telah menguasai kita dan kita dilamun cinta...kita akan dapat menerimanya seadanya...kerana cinta tidak memerlukan kesempurnaan seseorang...tapi cinta akan memberi lagi kesempurnaan seperti kesetiaan, kasih sayang dan sebagainya...

   Jika kita merasai hati kita mencintai sidia..salah satu cara yang berkesan untuk mengubati kesakitan untuk bercinta dengan sidia adalah meluahkan perasaan kepadanya...kita perlu mencuba walaupun sukar untuk meluahkan kepada orang yang kita cintai...jika cinta tidak diluahkan dan disimpan dalam hati...tidak akan ada jalan penyelesaian dan tidak akan meredakan hati ini untuk bercinta...percayalah, jika kita mencuba sedaya upaya dan kita tulus mencintainya Insyaallah sidia akan menerima dan dari situlah sebuah ''CINTA'' akan mula tumbuh...cinta ini ibaratkan pohon...walaupun terdapat pelbagai serangga yang menyerang pohon itu(masalah yang menimpa sepasang kekasih)...tetapi jika kita jujur dan betul-betul kita mencintai sidia...semaikanlah baja-baja cinta dan siramkanlah air kasih sayang itu kepada pohon itu agar segar dan bertahan lama...setiap bunga dari pohon cinta itu mula mengembang dan membesar..itulah kenangan yang paling manis dan memori yang paling bermakna dalam cinta...jika kita tidak menjaga pohon cinta itu dengan baik...pohon itu akan mula layu dan tidak akan subur seperti dulu...




 

Ini cara untuk meluahkan perasaan kepada sidia adalah:
 

-selalu yakinkan diri untuk berkatakan ''saya cintakan awak'' kepada sidia
 
-jangan putus asa untuk memiliki sidia
 
-tenangkan fikiran untuk dan kosongkan fikiran selain memikir hanya untuk meluahkan perasaan itu
 
-luahkan dengan penuh tenang dan penuh perasaan...kerana itu akan membuktikan bahawa kita betul-betul cintakan dia dan jangan memaksa dan terburu-buru kerana itu akan menyebabkan dia kurang selesa dan akan berfikir panjang tentang itu
-straight to the point untuk tidak membuang masa dan tidak memutarbelitkan lagi keadaan


 
pabila sedang bercinta dan untuk mempertahankan cinta kita:

-jujur kepada dia
-kesetiaan memerlukan dalam situasi ini
-kasih sayang perlu disemai selalu
-jangan selalu bersangka buruk dan selalu berfikiran negatif terhadap sidia
-jangan abaikan sidia kerana cinta tiada kompromi
-jangan sedihkan dia walaupun hanya sedikit
-ambil berat tentang dia





 


    JIKA PELUANG PERTAMA KITA SUDAH MENGECIWAKAN SIDIA...KITA MASIH ADA PELUANG YANG KEDUA...TETAPI JIKA PELUANG KEDUA KITA MEMBUAT PERKARA YANG SAMA...TIDAK AKAN ADA PELUANG YANG KETIGA...JIKA ADA DIA AKAN LEBIH KEPADA MEMIKIRKAN TENTANG KESILAPAN KITA...



 


''CINTA'' SANGAT SENSITIF DENGAN SITUASI DAN INGAT...JANGAN SESEKALI PUTUS ASA ATAU PUTUS HARAPAN...DUNIA PENUH DENGAN MENCUBA DAN USAHA....



JIKA ADA SOALAN TENTANG MASALAH CINTA ANDA...TERUSKAN HANTAR COMMENT DAN INSYAALLAH SAYA AKAN MEMBANTU DAN KITA SAMA-SAMA AKAN SELELSAIKAN MASALAH ANDA...